Jill Biden lawat pelarian Ukraine di Romania, Slovakia - Utusan Malaysia

Jill Biden lawat pelarian Ukraine di Romania, Slovakia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Wanita pertama Amerika Syarikat (AS), Jill Biden akan mengadakan lawatan empat hari ke Romania dan Slovakia bermula 5 hingga 9 Mei ini.

Memetik laporan Al Jazeera, beliau dijadualkan bertemu dengan anggota perkhidmatan AS dan kakitangan kedutaan selain melawat penduduk Ukraine dipindahkan, pekerja misi kemanusiaan serta guru dalam lawatan tersebut.

Lawatan isteri Presiden AS itu menunjukkan sokongan terkini wakil tertinggi AS kepada Ukraine dan negara-negara jiran yang membantu pelarian dari Ukraine.

Dalam pada itu, Pejabat Pendakwa Raya Ukraine memaklumkan seramai 219 kanak-kanak terbunuh manakala 405 lagi cedera di negara itu sejak insiden pencerobohan Russia.

Russia melancarkan operasi ketenteraan di Ukraine pada 24 Februari lalu.

Menurut pendakwa raya, seramai 139 kanak-kanak di wilayah Donetsk terjejas akibat perang, diikuti dengan Kyiv (115), Kharkiv (95) dan Chernihiv (68).

Sementara itu, Gabenor Luhansk, Serhiy Haidai berkata, tiga orang awam terbunuh dalam serangan Russia di tenggara wilayah tersebut.

Mangsa terkorban dalam serangan di bandar Lysychansk, Popasna dan Zolote.

Menurut beliau, wilayah Luhansk dikawal Ukraine turut menyaksikan 18 insiden serangan semalam yang memusnahkan sebanyak 28 bangunan.

Selain itu, dua orang dilaporkan terbunuh dan empat lagi cedera dalam serangan di bandar Orikhiv di wilayah Zaporizhzhia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya