Jambatan gantung terpanjang dunia mula dibuka - Utusan Malaysia

Jambatan gantung terpanjang dunia mula dibuka

SKY Bridge 721 mula dibuka kepada pengunjung. - LUKAS KABON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PRAGUE: Sebuah jambatan gantung dipercayai terpanjang di dunia yang terletak di Dolní Morava di timur laut Republik Czech, kini dibuka kepada pengunjung.

Memetik laporan CNN, jambatan dikenali sebagai `Sky Bridge 721′ mempunyai jarak sepanjang 721 meter dan tergantung di udara pada ketinggian 95 meter di atas kawasan lembah di bawahnya.  

Sky Bridge 721 dibuka secara rasmi pada 13 Mei lalu.

Projek pembinaan jambatan itu mengambil masa selama dua tahun.              

“Sky Bridge 721 menghubungkan dua tebing gunung yang terletak di Dolni Morava.

“Malah, jambatan untuk pejalan kaki itu menawarkan pemandangan menakjubkan pergunungan Jeseniky dan pengalaman cukup mencabar keberanian para pengunjung,” jelas laporan itu.

Sky Bridge 721 yang hanya selebar 1.2 meter, dibina pada altitud antara 1,110 meter dan 1,116 meter dari paras laut.

Dilaporkan, Sky Bridge 721 di Republik Czech mengatasi rekod Jambatan Banglung Parbat di Nepal.

Sky Bridge 721 adalah 154 meter lebih panjang daripada pemegang Rekod Dunia Guinness semasa itu.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya