Indonesia sukar ganti Malaysia jadi pengeksport ayam

Indonesia sukar ganti Malaysia jadi pengeksport ayam

PENJUAL ayam menunggu pelanggan di pasar basah di Surabaya.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indonesia mengalami kesukaran untuk meningkatkan pengeluaran bagi menggantikan bekalan eksport ayam dari Malaysia disebabkan bekalan mentah bagi kegunaan domestik adalah sangat besar. 

Pengerusi Persatuan Peladang Rakyat Nasional Indonesia (PPRN), Alvino Warjiantono berkata, petani Indonesia mengalami kesukaran untuk meningkatkan pengeluaran kerana eksport ayam negara adalah kecil. 

“Eksport kami sangat kecil sebab penternak Indonesia tidak dapat mengekalkan harga yang kompetitif. 

“Kami bergantung terhadap import makanan seperti jagung dan kacang soya yang menyaksikan harga komoditi itu meningkat disebabkan krisis global.

“Sebab itu ramai pengusaha berat hati untuk mengeksport ayam kerana mereka tidak mendapat keuntungan selepas mengambil kira kos logistik dan tarif,” katanya lapor Channel News Asia.  

Menurut Menteri Pertanian Indonesia, negara itu menghasilkan sebanyak 3.4 juta tan daging ayam setiap tahun, dengan 500 tan atau 15 peratus daripadanya dieksport ke Timor Leste dan Papua New Guinea. 

Alvino berkata, harga ayam Indonesia kekal tinggi disebabkan ketidaktentuan harga makanan ayam yang mengalami turun naik di pasaran. 

Oleh itu, jelasnya, Kerajaan Indonesia perlu mengawal harga makanan ayam dan membekalkan insentif lain seperti cukai dan pelepasan tarif eksport sekiranya berhasrat menggantikan Malaysia. 

“Tanpa campur tangan kerajaan adalah sukar bagi penternak ayam di Indonesia merebut peluang ini,” katanya.  

Bermula 1 Jun lalu, Malaysia menghentikan eksport bekalan ayam selepas dilanda isu bekalan dan peningkatan harga. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya