JAKARTA: Kementerian Agama Indonesia memutuskan sambutan Hari Raya Aidilfitri disambut hari ini, 2 Mei.
Keputusan tersebut dicapai selepas Sidang Isbat penentuan 1 Syawal 1443 Hijrah diadakan pada petang Ahad.
Pengumuman tersebut dilakukan oleh Menteri Agama, Yaqut Cholil Qoumas.
“Beradasarkan laporan hilal secara muafakat Sidang Isbat 1 Syawal jatuh pada hari Isnin, 2 Mei 2022.
“Dengan keputusan tersebut, maka pemerintah bersama NU dan Muhammadiyah akan merayakan Lebaran bersamaan Isnin,hari ini,” umumnya lapor Kompas.com.
Dalam pada itu, Borneo Buletin melaporkan Brunei Darussalam juga akan menyambut Hari Raya Aidilfitri hari ini setelah hilal (anak bulan) Syawal telah dilihat pada satu atau lebih tempat pencerapan pada petang semalam.
Di Bangkok, umat Islam di Thailand akan menyambut Aidilfitri pada tarikh sama, seperti diumumkan oleh Sheikul Islam Thailand, Aziz Phitakkumpon.-AGENSI