India henti eksport gandum - Utusan Malaysia

India henti eksport gandum

PEKERJA menggunakan penyodok untuk mengasingkan biji gandum daripada sekam di sebuah pasar di Amritsar. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Kerajaan India menghentikan eksport gandum dalam usaha menangani ancaman keselamatan bekalan makanan negara itu susulan kenaikan mendadak dalam harga bijirin global.

India yang merupakan pengeluar gandum kedua terbesar di dunia dianggap sebagai negara yang dapat membantu menampung kekurangan bekalan global terjejas akibat pencerobohan Russia ke atas Ukraine.   

Lapor Arab News, Kementerian Perdagangan dan Industri menerusi satu notis mengumumkan larangan eksport gandum pada Jumaat lalu.

Menurut kementerian, keputusan itu dibuat bagi `menguruskan krisis keselamatan makanan India dan menyokong keperluan negara jiran serta negara lain yang terdedah’.

Bagaimanapun, jelas notis itu, pengecualian dikenakan kepada penghantaran yang sudah mengeluarkan surat kredit atau negara memerlukan gandum `untuk memenuhi keperluan keselamatan makanan negara tersendiri dan berdasarkan permintaan kerajaan’.

Pengumuman itu dibuat ketika kadar inflasi melonjak kepada 7.79 peratus pada bulan lalu, dengan harga gandum sahaja meningkat paras tertinggi di India.

New Delhi juga terpaksa menurunkan anggaran keluaran gandum pada tahun ini selepas menyasarkan 111 juta tan sebelum ini, disebabkan kesan gelombang haba ke atas pengeluaran.                  

Seorang pakar pertanian, Devinder Sharma menyifatkan larangan eksport gandum itu amat perlu bagi memastikan bekalan mencukupi untuk memenuhi keperluan domestik.

“Peniaga melobi agar kerajaan tidak masuk campur namun saya rasa ia akan memudaratkan keselamatan makanan India.

“Kita perlu menyimpan bekalan gandum mencukupi kerana India mempunyai populasi yang ramai dan dikhuatiri boleh mengundang krisis kelaparan secara besar-besaran,” katanya.

Sementara itu, bekas menteri kewangan dan pemimpin kanan Parti Kongres, P. Chidambaram pula menyelar serta menyifatkan larangan eksport gandum itu sebagai langkah anti-petani.

“Ia menafikan hak petani untuk mengaut keuntungan daripada harga eksport yang lebih tinggi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya