Empat remaja Malaysia ditahan ambil bekalan mercun di Nunukan

Empat remaja Malaysia ditahan ambil bekalan mercun di Nunukan

EMPAT remaja Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Indonesia di Nunukan, Kalimantan Utara. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NUNUKAN: Pejabat Imigresen Nunukan di Kalimantan Utara menghantar pulang empat rakyat Malaysia pada Sabtu lalu selepas ditahan pengawal sempadan kerana memasuki wilayah Indonesia untuk mendapatkan bekalan mercun.

Ketua Pejabat Imigresen Nunukan, Washington Saut Dompak Napitupulu berkata, ketika ditahan, keempat-empat rakyat Malaysia dari Sabah itu membawa guni berisi mercun dan bunga api.

Namun, jumlah mercun dan bunga api itu disifatkan tidak melebihi had yang ditetapkan, maka mereka tidak akan didakwa.

“Soal siasat mendapati, keempat-empat rakyat Malaysia itu sering bermain bola tampar dengan penduduk Indonesia di sempadan.

“Malahan, mereka saling mengenali menyebabkan keempat-empat remaja Malaysia itu memasuki wilayah Indonesia untuk mendapatkan bekalan mercun,” katanya seperti yang dilaporkan Kompas.com.

Selain itu, Washington turut memaklumkan, pada asalnya, mereka memasuki wilayah Indonesia kerana mahu mencari saudara mereka yang tidak pulang ke rumah selepas bermain bola tampar di sempadan Pulau Sebatik.

“Disebabkan itu, keempat-empat remaja berkenaan masuk ke wilayah Indonesia dan pada masa yang sama mendapatkan bekalan mercun,” ujarnya.

Sementara itu, Washington memberitahu, disebabkan mereka tidak melanggar undang-undang, maka keempat-empat remaja tersebut perlu dihantar pulang dalam tempoh 24 jam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya