Dunia bertambah panas dalam tempoh lima tahun akan datang - Utusan Malaysia

Dunia bertambah panas dalam tempoh lima tahun akan datang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan amaran suhu global akan melebihi penanda aras 1.5 darjah Celsius di atas paras praperindustrian buat sementara waktu.

Perjanjian Paris 2015 mengenai perubahan iklim menyaksikan banyak negara sepakat memastikan had pemanasan global di bawah 2, sebolehnya pada 1.5 darjah Celsius, berbanding paras zaman praperindustrian.

Menurut Organisasi Meteorologi Dunia PBB, suhu purata 1.5 darjah celcius di atas paras praindustri sepanjang tempoh berbilang tahun akan melanggar sasaran aspirasi Paris.

“Terdapat 93 peratus peluang sekurang-kurangnya satu tahun antara 2022-2026 menjadi yang paling panas dalam rekod dan mengeluarkan 2016 daripada kedudukan teratas.

Peluang purata suhu lima tahun untuk 2022-2026 lebih tinggi daripada lima tahun lalu (2017-2021) juga diletakkan pada 93 peratus.

“Kajian ini menunjukkan dengan tahap kemahiran saintifik yang tinggi kita semakin hampir untuk mencapai sasaran rendah Perjanjian Paris buat sementara waktu,” menurut Ketua WMO, Petteri Taalas.

Katanya, angka itu bukan statistik rambang.

Sebaliknya adalah indikasi di mana impak cuaca akan bertambah bahaya kepada manusia dan seluruh alam. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya