Cuaca panas diramal hingga November - Utusan Malaysia

Cuaca panas diramal hingga November

CUACA panas di Indonesia dijangka berlarutan hingga November ini. - CNN INDONESIA 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Jabatan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) meramalkan fenomena cuaca panas yang melanda Indonesia ketika ini berterusan sehingga November depan.

Menurut BMKG, sejak kebelakangan ini, Indonesia khususnya Jabodetabek mengalami cuaca panas sehingga mencecah 36.1 darjah celsius.

Keadaan itu diramalkan akan berlanjutan selama empat bulan lagi.

BMKG juga mendedahkan fenomena yang berlaku disebabkan oleh musim peralihan dari musim hujan ke kemarau.  

Jelas agensi itu, suhu tertinggi yang direkodkan adalah 36.1 darjah Celsius dan diramalkan lebih tinggi pada masa hadapan.

“Sehingga hujung musim kemarau November ini, suhu mungkin melebihi 36 darjah celsius.

“Namun, ia tidak akan mencapai lebih 40 darjah Celsius seperti mana tersebar di media sosial,” kata Ketua Jabatan Meteorologi Awam, Fahry Rajab kepada CNN Indonesia.

Sementara itu, musim peralihan turut berlaku di sebahagian besar kawasan di Indonesia khususnya wilayah Jawa-Bali-Nusa Tenggara dan wilayah yang terletak di selatan garisan Khatulistiwa pada tempoh April-Mei.

Bagaimanapun, kawasan lain masih mengalami musim hujan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya