Covid-19: China bangunkan vaksin mRNA cegah Omicron

Covid-19: China bangunkan vaksin mRNA cegah Omicron

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Syarikat farmaseutikal China yang membangunkan vaksin khusus dengan menggunakan teknologi mRNA bagi menangani varian Omicron sudah mendapat kelulusan ujian klinikal di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Syarikat Suzhou Abogen Biosciences Co Ltd (Abogen) menyertai Pfizer-BioNTech dan Moderna dalam menguji calon vaksin yang diubah suai secara khusus bagi menentang varian Omicron.

Vaksin jenis mRNA dibangunkan Abogen bersama Walvax Biotechnology dan institusi penyelidikan yang disokong tentera China sedang diuji dalam percubaan fasa tiga di China, Mexico dan Indonesia.

Walvax juga bekerjasama dengan RNACure yang berpangkalan di Shanghai untuk membangunkan calon vaksin mRNA yang menyasarkan varian dengan reka bentuk berbeza daripada Abogen.

Dua calon vaksin khusus Omicron dari Sinopharm dan Sinovac yang mengandungi koronavirus yang tidak aktif atau ‘dilemahkan’ juga diluluskan untuk ujian klinikal di Hong Kong dan China.

Pengawal selia UAE sudah meluluskan ujian klinikal untuk vaksin ketiga khusus untuk Omicron daripada Sinopharm berdasarkan protein serta untuk dua vaksin khusus Omicron yang tidak aktif dibangunkan firma itu.

China sudah menyuntik vaksin bukan jenis mRNA kepada lebih 88 peratus daripada 1.4 bilion penduduknya.

China tidak meluluskan sebarang vaksin asing, walaupun data dunia sebenar menunjukkan dua produk China yang paling banyak dikeluarkan oleh Sinopharm dan Sinovac mempunyai keberkesanan lebih rendah terhadap jangkitan Covid-19 berbanding jenis mRNA daripada Pfizer/BioNTech dan Moderna.-AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya