China kekal jadi negara pengeluar gandum terbesar dunia

China kekal jadi negara pengeluar gandum terbesar dunia

PETANI menuai gandum di kampung Bamha berdekatan pekan al-Ayyat, wilayah Giza, Mesir.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Sejak Kerajaan India menghentikan eksport gandum dua minggu lalu, harga komoditi itu melonjak naik 5.9 peratus bersamaan AS$12.47 (RM54.70) bagi setiap gantang di Chicago, lapor Financial Times. 

Kenaikan itu merupakan yang tertinggi dalam tempoh dua bulan terakhir tahun ini dan mempengaruhi kenaikan harga gandum secara global. 

India mengambil langkah sedemikian bagi menangani ancaman keselamatan bekalan makanan negara, susulan kenaikan mendadak dalam harga bijirin global. 

India yang merupakan pengeluar gandum kedua terbesar di dunia dianggap sebagai negara yang dapat membantu menampung kekurangan bekalan global terjejas akibat pencerobohan Russia terhadap Ukraine.   

Selain India, negara pengeluar gandum ialah Perancis, Kanada, Ukraine, Pakistan, Australia dan Argentina.  

CHINA 

Data yang dikumpul dari 2021 hingga 2022 menunjukkan China menghasilkan lebih 136,946 juta tan metrik gandum setahun. 

Angka tersebut menjadikan Beijing antara negara di Asia Timur sebagai negara penghasil gandum terbesar di dunia. 

China memperuntukkan 14.5 peratus dari kawasan pertanian untuk menghasilkan komoditi gandum.

INDIA 

New Delhi menyumbang 13.5 peratus daripada penghasilan gandum global sekali gus menjadikannya sebagai negara penghasil gandum terbesar kedua di dunia selepas China. 

Tahun lalu, India menghasilkan sebanyak 109,520 juta tan metrik gandum. Namun, kebelakangan ini India mengalami penurunan penghasilan gandum kerana dilanda cuaca panas sejak Mac lalu. 

RUSIA 

Data menunjukkan Moscow menghasilkan 75,500 juta tan metrik gandum sepanjang tempoh tahun lalu hingga tahun ini. 

Rusia mengeksport lebih dari sepertiga bekalan gandum dunia.

Bagaimanapun, pencerobohan Rusia terhadap Ukraine sejak 24 Februari lalu, menyebabkan harga gandum naik 5.43 peratus di Chicago Board of Trade. 

AMERIKA SYARIKAT 

Negara ini memperuntukkan sebanyak 55 juta hektar tanah bagi penanaman gandum seperti di Kansas, Dakota dan Montana. 

Sepanjang tempoh 2021/2022, sebanyak 44,790 juta tan metrik gandum yang bernilai AS$10.2 bilion (RM44 bilion) dihasilkan negara itu.-AGENSI  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya