Bekalan daging menjelang Aidiladha mencukupi

Bekalan daging menjelang Aidiladha mencukupi

daging
BEKALAN daging di Sumatera Utara mencukupi menjelang Hari Raya Aidiladha. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEDAN: Penularan wabak penyakit mulut dan kuku (FMD) melibatkan haiwan ternakan di Sumatera Utara masih terkawal dan dapat dibendung dengan baik tidak menjejaskan bekalan daging.

Sehubungan itu, pihak berkuasa tempatan memberi jaminan bekalan daging menjelang Hari Raya Aidiladha tidak akan terjejas.

Ketua Jabatan Keselamatan Makanan dan Ternakan Sumatera Utara, Azhar Harahap berkata, terdapat 17,000 haiwan ternakan sedia untuk dijadikan bekala dagiing menjelang Aidiladha.

“Bekalan daging ketika ini cukup untuk tiga bulan akan datang sehingga Aidiladha.

“Kes jangkitan masih terkawal dan masyarakat seharusnya tidak perlu bimbang dan jika boleh, jangan sebarkan maklumat salah mengenai situasi ketika ini,” katanya kepada Kompas.com.

Azhar juga memaklumkan, semua haiwan yang positif FMD sudah dirawat sebaik mungkin, sekali gus mengawal penularan.

Katanya, biarpun penyakit itu mudah merebak, pihak berkuasa tempatan sentiasa mempunyai kaedah penyelesaian.

Selain itu, pihak berkuasa tempatan turut mengedarkan surat kepada semua ketua daerah mengenai mekanisme kawalan, pemeriksaan sehingga pemotongan daging ternakan, terutamanya menjelang Aidiladha.

Jelas Azhar, pegawai veterinar akan ditugaskan untuk memeriksa semua haiwan ternakan yang akan memasuki pasaran bagi mengelakkan penularan jangkitan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya