Bangunan runtuh di Nigeria: Lapan maut, 23 diselamatkan - Utusan Malaysia

Bangunan runtuh di Nigeria: Lapan maut, 23 diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAGOS: Sebuah bangunan tiga tingkat dilaporkan runtuh di ibu negara Nigeria.

Menurut pasukan kecemasan, lapan orang maut manakala 23 lagi cedera dalam kejadian tersebut.

Jurucakap Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan (NEMA), Ibrahim Farinloye berkata, bangunan yang terletak di kawasan Ebute-Metta runtuh semalam.

“Kejadian berlaku sekitar 9.30 malam (waktu tempatan). Bahagian tingkat satu dan bawah digunakan sebagai gudang manakala yang selebihnya merupakan kediaman penduduk.

“Kami menemukan lapan mayat manakala 23 orang yang alami pelbagai tahap kecederaan berjaya diselamatkan. Mangsa kini sedang menerima rawatan di hospital,” katanya.

Farinloye berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih giat dijalankan di lokasi kejadian

“Sejak semalam kami berusaha mencari lebih ramai mangsa terperangkap di bawah serpihan runtuhan itu,” katanya.

Beliau berkata, siasatan sedang dijalankan untuk menentukan punca kejadian tersebut.

Bangunan runtuh merupakan perkara biasa di negara paling ramai penduduk di Afrika, yang mana jutaan penduduk tinggal dalam bangunan usang dan piawaian pembinaan yang lemah. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya