Bangunan runtuh di China: Sembilan orang ditahan - Utusan Malaysia

Bangunan runtuh di China: Sembilan orang ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Polis China menahan sembilan orang berhubung insiden bangunan enam tingkat yang runtuh di bandar Changsha, tenggara negara itu.

Lapor BBC, menurut polis, pemilik bangunan bersama tiga individu lain yang bertanggungjawab atas pembinaannya telah ditahan.

Katanya, lima individu lagi didakwa atas tuduhan mengemukakan laporan keselamatan yang palsu untuk bangunan berkenaan.

Dilaporkan, beberapa orang masih terperangkap atau hilang dalam insiden bangunan runtuh itu pada Jumaat lalu.

Setakat ini, punca kejadian masih belum dimaklumkan oleh pihak berkuasa.

Sabtu lalu, Presiden Xi Jinping mengarahkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) terus dilaksanakan dan siasatan dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian itu.

Datuk Bandar Changsha, Zheng Jianxin berkata, puluhan lagi masih terperangkap dalam bangunan runtuh itu atau gagal dikesan.

Bangunan itu menempatkan sebuah pawagam dan rumah tamu.

Pasukan keselamatan berusaha mencari mangsa yang terselamat di bawah serpihan runtuhan bangunan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya