Bangunan runtuh di China: Dua disahkan maut - Utusan Malaysia

Bangunan runtuh di China: Dua disahkan maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Sekurang-kurangnya dua orang ditemukan maut di bawah bangunan yang runtuh di tengah China.

Ia merupakan kematian pertama disahkan pada hari keempat operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mencari puluhan mangsa yang masih hilang.

Bangunan komersial yang menempatkan pangsapuri, hotel dan pawagam itu runtuh Jumaat lalu sekali gus mencetuskan operasi SAR secara besar-besaran yang membabitkan ratusan anggota kecemasan.

Berdasarkan video yang dikeluarkan oleh akhbar People’s Daily, pegawai tindak balas kecemasan, Liang Buge berkata, kedua-dua mangsa dijumpai sudah meninggal dunia.

“Kami cuba mengeluarkan mangsa dari bawah runtuhan tetapi mendapati mereka tersepit dengan objek berat dan tiada cara untuk mengalihkan.” katanya.

Sebelum ini, pasukan penyelamat berjaya membawa keluar mangsa kesembilan iaitu seorang wanita dalam keadaan bernyawa dari bawah runtuhan bangunan itu.

Dilaporkan, wanita itu berada dalam keadaan sedar dan mampu berkomunikasi dengan pasukan penyelamat sebelum diselamatkan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya