Anak 9 tahun diperkosa, ahli politik sogok duit tutup kes

Anak 9 tahun diperkosa, ahli politik sogok duit tutup kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAWA TENGAH: Seorang ahli politik didakwa menawarkan 500,000 rupiah (RM150) bagi menutup kes seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang dirogol oleh guru silat. 

Sehingga kini, belum berlaku sebarang tangkapan terhadap suspek walaupun kejadian tersebut sudah berlaku sejak dua tahun lalu.  

Lapor Kompas.com, bapa mangsa di Sukodono, Jawa Tengah kecewa kerana keadilan untuk anaknya belum ditegakkan sehingga hari ini. 

Difahamkan, suspek masih hidup bebas di kawasan kejiranan sama dengan keluarga mangsa. 

“Saya cuba menuntut keadilan sehingga pernah ditawarkan wang tunai daripada ahli politik untuk menutup kes rogol tersebut,” katanya.

Bapa mangsa mendedahkan pernah diarah oleh pihak polis untuk mencuci barang bukti tersebut. 

“Pihak polis sudah mengambil barang bukti seperti seluar dalam dengan tompokan darah dan cecair sperma suspek. 

“Sampai sekarang masih jadi pertanyaan ke mana barang bukti itu sehinggalah saya disuruh mencucinya di hadapan anggota polis,” katanya. 

Perkara tersebut disahkan oleh Pengarah Institut Bantuan Perundangan, Mawar Saron Solo yang menemani ahli keluarga mangsa. 

Jelasnya, barang bukti seperti seluar dalam suspek diperoleh dari bilik air. 

“Pihak polis mengarahkan barang bukti tersebut termasuk tikar dan kain lap sisa sperma dicuci oleh ahli keluarga. 

“Ibu bapa mangsa malah pernah diganggu suspek sehingga mangsa dan keluarganya terpaksa bersembunyi di hutan selama sehari,” katanya.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya