Airbnb tawar penginapan dengan sejuta lebah di Itali

Airbnb tawar penginapan dengan sejuta lebah di Itali

KEADAAN di dalam bilik yang direka khas untuk para tetamu menikmati bunyi dengungan lebah ketika penginapan mereka. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM: Bagi meraikan Hari Lebah Sedunia, seorang penternak serangga itu menyenaraikan ladang lebah miliknya dalam perkhidmatan hospitaliti secara dalam talian, Airbnb.

Menerusi sebuah bilik yang direka khas untuk tujuan tersebut, para tetamu boleh menikmati penginapan mereka dengan bunyi dengungan lebih sejuta lebah di dalam bilik.

Terletak di sebuah ladang buah zaitun di perkampungan Grottole di selatan Itali, bilik Airbnb itu direka oleh seorang artis Davide Tagliabue menerusi dana yang dikumpul dan dibina bersama penduduk setempat.

Jelas pemilik ladang lebah itu, Rocco Filomeno, idea utama Airbnb tersebut adalah memberi peluang kepada tetamu menikmati masa tidur mereka dengan bunyi dengungan lebah yang diketahui boleh memberi kesan kelegaan.

“Airbnb ini merupakan tempat pertama di dunia yang memberikan anda tidur bersama dengungan lebih sejuta lebah.

“Dengungan lebah boleh menjadi terapi semula jadi yang boleh memberi kelegaan kepada ramai orang,” kata Filomeno seperti yang dilapor Oddity Central.

Para tetamu juga berpeluang menyaksikan serangga itu membina sarangnya, selain dihidangkan dengan sarapan enak termasuk madu asli.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya