45 kapal di Cilacap terbakar - Utusan Malaysia

45 kapal di Cilacap terbakar

KEBAKARAN berpunca daripada aktiviti salah seorang kru di kapal tersebut. - OKY LUKMANSYAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran yang memusnahkan 45 kapal di Pelabuhan Wijayapura, wilayah Cilacap, Jawa Tengah.

Memetik laporan CNN Indonesia, Ketua Polis Jawa Tengah, Inspektor Jeneral Ahmad Lutfhi berkata, berdasarkan maklumat diperoleh, kebakaran itu berpunca daripada aktiviti salah seorang kru di kapal tersebut.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu masih perlu disiasat dengan lebih lanjut.

“Buat masa ini, kami mendapati api dimulakan oleh seorang kru di sebuah kapal.

“Kami akan menyiasat lagi agar lebih jelas,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Ahmad Lutfhi, hasil siasatan awal menunjukkan kebakaran berlaku di empat kawasan berbeza.

“Kebakaran berlaku di titik A, B, C dan D. Sebaik sahaja terbakar, sejumlah kapal bertaburan kerana air pasang surut,” katanya.

Jelasnya, beliau juga sudah mengarahkan Jabatan Forensik Polis Jawa Tengah untuk menyiasat kejadian kebakaran itu dengan segera.

Sementara itu, Ahmad Lutfhi turut mendedahkan kerugian akibat kebakaran yang memusnahkan puluhan kapal itu dianggarkan mencecah ratusan bilion rupiah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya