100 orang awam dipindahkan dari kilang keluli Mariupol - Zelensky - Utusan Malaysia

100 orang awam dipindahkan dari kilang keluli Mariupol – Zelensky

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Kira-kira 100 orang awam dipindahkan dari sebuah kilang keluli yang dikepung di bandar Mariupol, timur Ukraine.

Perkara itu dimaklumkan oleh Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menerusi satu video ucapan.

“Akhirnya, kami berjaya memulakan proses pemindahan penduduk dari kilang Azovstal.

“Buat pertama kali, dua hari gencatan senjata sebenar dilaksanakan wilayah ini.

“Lebih 100 orang awam dipindahkan terutamanya membabitkan wanita dan kanak-kanak,” katanya.

Menurut Zelensky, penduduk berkenaan dijangka tiba di Zaporizhzhia yang dikawal Ukraine, hari ini.

Terdahulu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan sebuah ‘operasi laluan selamat’ sedang dilaksanakan di kilang Azovstal, yang menjadi benteng terakhir di bandar pelabuhan disekat oleh Russia sejak pencerobohan bermula pada 24 Februari lalu.

Malah, Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah memaklumkan pihaknya turut terlibat dalam operasi berkenaan.

Kementerian pertahanan Russia pula memberi angka lebih rendah iaitu seramai 80 orang awam, dengan menyatakan ‘penduduk ingin berpindah ke kawasan dikawal rejim Kyiv sudah diserahkan kepada wakil PBB dan ICRC (Palang Merah).

Bagaimanapun, PBB atau ICRC tidak menyatakan jumlah penduduk yang dipindahkan.

Tidak dapat dipastikan punca pihak berkenaan memberikan angka berbeza.

Ribuan orang terbunuh dan berjuta-juta lagi kehilangan tempat tinggal sejak insiden pencerobohan Russia.

Sebelum ini, media Russia melaporkan lebih 500 orang awam masih berada di kilang keluli tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya