WHO bentang strategi utama keluar dari fasa kecemasan Covid-19

WHO bentang strategi utama keluar dari fasa kecemasan Covid-19

Angka jangkitan Covid-19 di Malaysian terus menunjukkan trend menurun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) membentangkan pelan terkini Covid-19 yang menggariskan strategi utama yang dilaksanakan sepanjang 2022.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, pelan itu bertujuan supaya semua negara di dunia dapat menamatkan fasa kecemasan pandemik Covid-19, sekali gus beralih ke fasa endemik.

Jelasnya, pelan itu merangkumi tiga senario berkemungkinan bagaimana virus boleh merebak pada tahun mendatang.

“Berdasarkan apa yang diketahui, senario utama adalah virus Covid-19 akan terus merebak, tetapi kadar penyakit berbahaya semakin berkurangan disebabkan peningkatan imun vaksinasi.

“Dos penggalak mungkin diperlukan untuk individu yang paling berisiko.

“Virus ini berkemungkinan akan merebak dalam corak bermusim dengan waktu puncak pada bulan yang lebih sejuk, yang serupa dengan influenza,” katanya.

Menurut Ghebreyesus, dalam senario kes terbaik WHO, varian masa depan akan menjadi ‘kurang teruk’, perlindungan lebih bertahan lama daripada penyakit berbahaya tanpa memerlukan perubahan ketara pada vaksin semasa.

Dalam senario terburuk, beliau menjelaskan virus berubah menjadi ancaman baharu iaitu sangat mudah berjangkit dan membawa maut.

Katanya, dalam senario ini, vaksin akan menjadi kurang berkesan dan imuniti daripada penyakit teruk dan kematian berkurangan dengan cepat.

Oleh itu, perubahan ketara vaksin perlu dilakukan semasa kempen suntikan dos penggalak yang meluas untuk golongan yang terdedah.

Bagi membantu menamatkan fasa kecemasan, WHO menyeru setiap negara meningkatkan keupayaan pengawasan virus bagi membolehkan tanda amaran awal perubahan ketara dalam virus.

“Saya juga meminta pengesanan Covid-19 lebih baik bagi mengurangkan ketidakupayaan jangka panjang selepas wabak berakhir,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya