Warga emas disumbat dalam peti sejuk sampai mati

Warga emas disumbat dalam peti sejuk sampai mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGIA: Seorang lelaki di Georgia sanggup tinggal bersama mayat neneknya yang berusia 82 tahun selama berbulan-bulan.

Perkara itu terbongkar selepas pasukan polis Floyd County menemukan mayat mangsa yang mengerikan, Khamis lalu, lapor New York Post.

Pihak polis percaya warga emas itu tercedera selepas terjatuh Disember lalu.

Bagaimanapun, hasil bedah siasat mendapati suspek mengheret mangsa di dalam rumah tersebut.

Suspek dipercayai membunuh neneknya sendiri dengan menyumbat warga emas itu hidup-hidup di dalam peti sejuk sehingga tulangnya patah.

Penyiasat Floyd County, Brittany Werner berkata, pihaknya mengesyaki warga emas itu masih bernafas dan mempunyai sedikit pergerakan ketika dia dimasukkan ke dalam peti sejuk.

“Kita percaya suspek membungkus neneknya dalam beg plastik dan memasukkannya hidup-hidup ke dalam peti sejuk,” katanya.

Dalam pada itu, suspek mengaku punggung warga meas itu patah ketika disumbat ke dalam peti ais.

Mengikut pertuduhan, tiada sebarang provokasi atau pertengkaran yang menjerumus kepada perbuatan itu.

Suspek hanya memindahkan mayat mangsa Mac lalu ke bilik stor kerana bimbang mayat itu ditemukan orang lain.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya