Wanita timang anak pertama selepas 13 kali gugur

Wanita timang anak pertama selepas 13 kali gugur

LIU bersyukur dikurniakan anak selepas 12 tahun penantian.-ASIAWIRE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WUHAN: Seorang wanita yang tidak pernah berputus asa berjaya melahirkan anak selepas 13 kali keguguran dalam tempoh 12 tahun. 

Wanita berusia 32 tahun yang dikenali sebagai Liu melahirkan anak pada Mac lalu, menerusi pembedahan di Hospital Universiti Zhongnan di Wuhan, lapor Mirror.  

Liu berasal dari daerah Xinzhou dan berkahwin sejak 2010. 

Dia mengandung setiap tahun, namun sering mengalami keguguran semasa peringkat awal kehamilan.

Doktor mengesahkan Liu menghidap penyakit autoimun systemic lupus erythematosus (SLE), 2017. 

Badan pesakit SLE akan menghasilkan protein darah dengan banyak. Protein darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. 

Sehingga kini, punca penyakit SLE tidak diketahui.

Disebabkan masalah itu, dia sering keguguran kerana penyakit itu menyerang setiap sistem dalam tubuh badan manusia. 

Walaupun doktor menasihatkan dirinya supaya berhenti mengandung, dia hanya mengabaikan nasihat itu dan sebaliknya terus berusaha untuk hamil. 

Selepas 13 kali keguguran, doktor menyedari badan mangsa mula menjadi lemah dan dia mula menderita hipertiroid.

Pakar perubatan, Dr. Guo Juanjuan berkata, SLE menyebabkan pesakitnya sukar hamil dan jika mengandung, berdepan risiko keguguran.

Jelasnya, proses kehamilan dapat dipastikan dalam keadaan selamat hanya menerusi penjagaan perubatan yang terbaik, namun masih terdapat risiko keguguran. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya