Wanita berhabis RM105,418 untuk klon kucing mati

Wanita berhabis RM105,418 untuk klon kucing mati

KELLY Anderson memegang Belle di atas ribanya dan menerangkan proses pengklonan kucingnya. - THIS MORNING, ITV
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang wanita mendedahkan sanggup membelanjakan kira-kira AS$25,000 (RM105,418) untuk mengklon kucing peliharaannya yang sudah mati.

Lapor Daily Mail, Kelly Anderson, 32, dari Texas berbuat demikian kerana percaya haiwan peliharaan berusia lima tahun itu merupakan ‘teman sejatinya’.

Dalam satu temubual di rancangan This Morning disiarkan di ITV, Anderson berkata, dia berasa kecewa setelah kucing peliharannya yang bernama Chai mati pada 2017.

Anderson turut menyifatkan Chai sebagai ‘sesuatu yang paling dekat yang boleh digambarkan sebagai pasangan jiwanya’.

“Saya kehilangan Chai pada usia muda, selepas kucing saya mati, saya teringat perbualan bersama rakan sebilik mengenai pengklonan.

“Jadi, saya terus menghubungi ViaGen Pets. Klon Chai iaitu Belle kini muncul dalam hidup saya pada tahun lalu,” katanya.

Sambil memegang Belle di atas ribanya, Anderson menerangkan proses pengklonan kucingnya mengambil masa selama empat tahun.

Bagaimanapun, Anderson menganggap proses dan masa menunggu itu adalah amat berbaloi.   

Secara biologi, Belle merupakan sebahagian daripada Chai kerana kucing itu berkongsi asid deoksiribonukleik (DNA) yang sama menerusi proses pengklonan.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya