Ukraine rayu bantuan senjata canggih dari AS

Ukraine rayu bantuan senjata canggih dari AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken dan Setiausaha Pertahanan, Lloyd Austin tiba di Kyiv semalam, sekali gus menjadi kunjungan peringkat tertinggi oleh pegawai AS sejak Russia menyerang Ukraine tiga bulan lalu.

Kunjungan itu disambut oleh Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky ketika nasib bandar di selatan negara ini, Mariupol masih ‘tidak jelas’ biarpun Russia mendakwa mereka berjaya menawan bandar tersebut.

Sehubungan itu, Ukraine berharap kunjungan kedua-dua pegawai tertinggi AS itu dapat memberi sinar baharu kepada negara ini untuk berdepan Russia.

“Mungkin mereka (Blinken dan Austin) boleh bantu. Mereka tidak akan datang ke Ukraine jika AS tidak bersedia salurkan bantuan senjata,” kata penasihat presiden, Oleksiy Arestovych.

Biarpun kunjungan itu tidak disahkan Washington, Zelensky menerusi Twitternya memaklumkan, hubungan antara negara ini dengan AS semakin kukuh dari semasa ke semasa.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Ukraine dijangka ‘merayu’ lebih banyak bantuan senjata bagi menentang kemaraan tentera Russia.

Antara senjata yang bakal diminta termasuk sistem antipeluru berpandu, sistem antipesawat, kenderaan berperisai dan kereta kebal.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan sekali lagi mengulangi pendiriannya untuk berunding dengan Russia bagi menghentikan peperangan yang berlaku.

Zelensky memaklumkan, beliau turut berbincang dengan Erdogan mengenai keperluan untuk memindahkan penduduk awam dari Mariupol memandangkan masih ramai yang terperangkap di bandar itu.

Semalam, Ukraine mencadangkan satu lagi rundingan dilakukan dengan Russia bagi membincangkan ‘nasib penduduk awam dan tentera Ukraine’ di Mariupol.

Sehingga kini, Moscow tidak memberi maklum balas mengenai cadangan tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya