Trump ‘jijik’ dengan polisi LGBT Biden

Trump ‘jijik’ dengan polisi LGBT Biden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyelar pentadbiran Joe Biden yang memberikan sokongan serta menggalakkan budaya lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT) di negara itu. 

Lapor New York Post, Trump malah menegaskan perkara itu tidak sepatutnya berlaku terutamanya melibatkan golongan kanak-kanak. 

“Boleh anda bayangkan seorang kanak-kanak yang akan membesar kelak dan mempersoalkan kenapa ibu, ayah atau pihak kerajaan buat begini kepada saya?

“Saya tidak pernah menyokong LGBT dan selamanya tidak akan pernah bersetuju,” kata Trump semasa berucap di hadapan orang ramai di Grand Rapids. 

Sabtu lalu, Biden memberikan kelulusan kepada golongan transgender bawah umur menjalani pembedahan dan terapi perubatan semasa perhimpunan di Michigan. 

Pentadbiran Biden juga mengeluarkan panduan yang menyokong terapi hormon, penggunaan ubatan penyekat akil baligh dan pembedahan menukar jantina bagi kanak-kanak dan remaja di bawah umur. 

Biden juga memuat naik video yang menyatakan sokongan terhadap komuniti transgender.

“Mengesahkan identiti anak anda adalah salah satu perkara paling berkuasa yang boleh anda lakukan bagi memastikan mereka selamat dan sihat. 

“Mana-mana transgender di AS yang sedang menghadapi masalah ini, ketahuilah anda tidak bersendirian,” katanya. 

Khamis lalu, sempena Hari Transgender Antarabangsa, Pejabat Hal Ehwal Penduduk Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia mengeluarkan dokumen bertajuk ‘Penjagaan Mengukuhkan Jantina dan Orang Muda’. 

Pada hari sama, Rangkaian Tekanan Traumatik Kanak-Kanak Kebangsaan, Pentadbiran Penyalahgunaan Bahan dan Perkhidmatan Kesihatan Mental mengeluarkan dokumen bertajuk ‘Penjagaan Pengesahan Jantina adalah Penjagaan Termaklum Trauma’.

Kedua-dua dokumen menawarkan panduan untuk remaja yang bergelut dengan identiti jantina mereka termasuk pembedahan mencipta bentuk dada atau membesarkan payudara bagi lelaki serta pembedahan pada alat kelamin atau organ pembiakan lain. 

“Amalan lain yang digalakkan termasuk penyekat akil baligh dan terapi hormon menggunakan estrogen atau testosteron,” tulis dokumen itu. 

Tinjauan Gallup yang disiarkan Februari lalu, mendapati sekitar 0.7 peratus rakyat AS mengesahkan identiti mereka sebagai transgender. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya