Thales didakwa terlibat rasuah jual kapal selam kepada Malaysia

Thales didakwa terlibat rasuah jual kapal selam kepada Malaysia

KAPAL selam kelas Scorpene buatan Perancis, KD Tunku Abdul Rahman di Pelabuhan Klang, Malaysia pada 3 September 2009. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Mahkamah Perancis mendakwa sebuah syarikat aset pertahanan, Thales kerana terbabit dalam skandal rasuah melibatkan transaksi penjualan kapal selam kepada Malaysia pada 2002.

Kes yang mencetuskan polemik itu pada mulanya dibuka pada 2010 dan memberi kesan kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan ketika perjanjian perolehan dua kapal selam kelas Scorpene dan sebuah Agosta dari unit limbungan tentera laut DCN Perancis (kini sebahagian daripada Thales) itu ditandatangani, melibatkan kontrak bernilai AS$1.2 bilion (RM5.2 bilion).

Pembantu Najib, Abdul Razak Baginda bertindak sebagai penasihat perjanjian pembelian itu dan beliau dituduh menyembunyikan kos tambahan 114 juta euro (RM529 juta) bagi kerja perunding oleh sebuah firma yang mana Abdul razak adalah pemegang saham terbesar.

Wang itu kemudiannya didakwa diberikan kepada Najib yang berdepan dengan pelbagai pertuduhan sejak pentadbirannya tumbang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

Berhubung kes tersebut, Abdul Razak didakwa di negara ini pada 2017, manakala Najib pernah disoal siasat mengenai isu sama di Malaysia.

Menurut sumber, kesemua sembilan defendan, termasuk Thales didakwa di Perancis dan siasatan berhubung kes itu ditutup pada Januari lalu.

Semua defendan itu termasuk bekas pengerusi limbungan tentera laut Perancis, unit antarabangsa DCN, Phillipe Japiot dan bekas Ketua Eksekutif Thales, Jean-Paul Perrier serta dua lagi bekas eksekutif.

Dalam pada itu, kerajaan Malaysia menegaskan bahawa kontrak tersebut bebas daripada elemen rasuah.

Sementara itu, pendakwa dari pejabat jenayah kewangan Perancis, PNF kini mempertimbangkan untuk menerima sebarang permohonan daripada mahkamah, bagi menentukan sama ada kes terbabit dibicarakan atau sebaliknya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN