Telefon bimbit paling kecil dunia popular di penjara - Utusan Malaysia

Telefon bimbit paling kecil dunia popular di penjara

ZANCO Tiny t1 dilengkapi nada dering bunyi tembakan. – AMAZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Telefon bimbit bersaiz mini dilaporkan amat popular dalam kalangan banduan di penjara United Kingdom (UK) bagi membolehkan mereka terus berhubung dengan dunia luar.

Lapor Daily Star, peranti mini, Zanco Tiny t1 adalah sedikit besar berbanding saiz duit syiling dua pound.

Zanco Tiny t1 juga mesra dikenali sebagai boss beater kerana ia mampu diseludup masuk tanpa dikesan mesin pengimbas keselamatan yang digunakan pihak penjara.

Peranti mini itu mempunyai nada dering bunyi tembakan dan dilengkapi semua ciri kemudahan telefon bimbit klasik antaranya membuat panggilan, menghantar mesej, USB mikro untuk pemindahan fail.

Ia juga mempunyai ciri voice effect yang membolehkan banduan mengubah bunyi suara mereka.

Harga telefon bimbit mini itu boleh mencecah sehingga AS$1,000 (RM4,219) di dalam penjara.

Ia mudah diseludup masuk ke dalam penjara dengan disembunyikan di mana-mana bahagian badan atau bungkusan.

Bateri telefon bimbit mini itu mempunyai jangka hayat selama tiga hari.

“Ia membolehkan anda bercakap melalui telefon sehingga 180 minit. Malah, peranti itu juga berfungsi dengan mana-mana rangkaian mudah alih.

“Lebih-lebih lagi, telefon bimbit mini ini direka hampir tanpa logam dan mampu melepasi mesin pengesan,” jelas laporan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya