Syarikat tenaga terbesar Eropah setuju bayar gas asli dalam rouble

Syarikat tenaga terbesar Eropah setuju bayar gas asli dalam rouble

FIRMA gergasi penjana tenaga Rusia, Gazprom di Moscow.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Beberapa syarikat tenaga terbesar di Eropah bersedia untuk mengurangkan sekatan Kesatuan Eropah (EU) dengan bersetuju untuk membayar bekalan gas asli Russia dalam matawang rouble. 

Presiden Rusia, Vladimir Putin sebelum ini mengarahkan syarikat gas besar di Jerman, Austria, Slovakia dan Hungary membuka akaun dengan Gazprombank selepas Moscow menghentikan bekalan gas ke Bulgaria dan Poland akibat keengganan negara itu membayar dalam matawang Rusia. 

Keputusan Rusia menyebabkan harga gas Eropah melonjak sebanyak 24 peratus Rabu lalu, dengan harga pada Khamis meningkat empat peratus. 

Pemimpin Barat menuduh Moscow memeras ugut dan cuba menggoyahkan perpaduan EU atas sokongan terhadap Ukraine.

Menurut Financial Times, firma termasuk Uniper dari Jerman dan OMV dari Austria akan membuka akaun rouble di bank yang berpangkalan di Switzerland, yang ditubuhkan pada 1990 khusus untuk memberi perkhidmatan kepada Gazprom Rusia iaitu pembekal gas asli terbesar di dunia.

Bulan lalu, Putin mengarahkan negara Barat membayar bekalan gas mereka daripada syarikat milik kerajaan itu dalam rouble, kerana ekonomi Rusia sendiri lumpuh akibat sekatan Barat.

Jika tidak, Putin berkata, saluran paip akan dimatikan dan Eropah tidak lagi menerima bekalan gas dari Rusia. 

Amaran itu benar-benar menjadi kenyataan apabila bekalan gas dari firma gergasi penjana tenaga Rusia, Gazprom ke  Poland dan Bulgaria dihentikan serta-merta. 

Kelmarin, Pegawai Kanan Kesatuan Eropah memberi amaran EU akan menganggap mana-mana syarikat tenaga yang membuka akaun dengan Gazprombank dalam rouble sebagai pelanggaran sekatan yang dikenakan terhadap Russia.

Pegawai itu juga berkata, EU tidak boleh menerima pembayaran dalam matawang rouble dari Moscow.  

‘Apa yang kami tidak boleh terima ialah syarikat diwajibkan untuk membuka akaun pertama dan kedua dengan Bank Pusat Rusia. Pembayaran itu hanya lengkap apabila ia ditukar kepada rouble.

“Ini boleh dianggap sebagai pinjaman kepada Bank Pusat Rusia dan Moscow jelas mahu mengelak daripad sekatan ekonomi yang dikenakan,” katanya. 

Seorang lagi pegawai kanan EU berkata, terdapat ‘konsensus mengenai perkara ini dari semua negara anggota bahawa tiada siapa yang sanggup membayar’ dalam rouble. 

Eropah mendapat kira-kira 40 peratus bekalan gas dari Russia dengan membayar 200 hingga 800 juta euro (RM1.8-RM3.6 bilion) setiap hari, bagi tahun ini. 

Pada masa ini, hampir semua kontrak pembelian gas Russia dilakukan dalam matawang euro atau dolar AS, menurut Rystad Energy. 

Pembayaran dalam rouble akan memberi manfaat kepada ekonomi Rusia dan menyokong mata wang negara itu.-AGENSI  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya