Swafoto jejas penampilan wajah, buatkan hidung nampak besar - Utusan Malaysia

Swafoto jejas penampilan wajah, buatkan hidung nampak besar

GAMBAR swafoto memaparkan hidung individu lebih muncung dan lebar berbanding gambar standard. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Satu kajian baharu mendakwa swafoto menjejaskan penampilan wajah individu dalam gambar dengan membuatkan hidung mereka nampak besar. 

Lapor Daily Mail, pasukan penyelidik dari University of Texas Southwestern Medical Centre mendedahkan gambar swafoto memaparkan hidung individu lebih muncung dan lebar berbanding gambar standard.

Susulan itu, pasukan penyelidik menyatakan permintaan untuk pembedahan membetulkan hidung atau rhinoplasty semakin meningkat di tengah-tengah populariti swafoto.

Ketua pasukan penyelidik, Dr. Bardia Amirlak berkata, wujudnya kaitan ketara antara peningkatan gambar swafoto dan lonjakan dalam permintaan pembedahan rhinoplasty terutamanya membabitkan orang muda.

Dalam kajian tersebut, kumpulan penyelidik itu menggunakan 30 sukarelawan untuk mengetahui bagaimana swafoto mempengaruhi penampilan wajah individu.

Para sukarelawan diminta duduk untuk membolehkan tiga gambar berbeza diambil.

“Dua gambar dirakam menggunakan teknik swafoto masing-masing pada jarak 30.48 sentimeter (cm) dan 45.72cm dari muka, manakala satu lagi diambil dengan kamera digital pada jarak 152.4cm.        

“Ketiga-tiga gambar tersebut diambil di tempat duduk dan keadaan pencahayaan yang sama,” jelas laporan itu.

Kumpulan penyelidik kemudian membandingkan ukuran empat bahagian dalam gambar tersebut iaitu hidung, bibir, dagu dan lebar muka.     

Hasil kajian menunjukkan gambar swafoto dirakam secara ketara menjejaskan penampilan wajah sukarelawan tersebut. 

Secara purata, hidung kelihatan 6.4 peratus lebih besar dalam gambar swafoto pada jarak 30.48cm dan 4.3 peratus pada jarak 45.72cm berbanding gambar dirakam kamera digital.     

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya