Russia gesa AS, NATO henti bekalkan senjata kepada Ukraine - Utusan Malaysia

Russia gesa AS, NATO henti bekalkan senjata kepada Ukraine

MENTERI Luar Russia, Sergei Lavrov - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Russia menggesa Amerika Syarikat (AS) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) untuk berhenti membekalkan senjata kepada Ukraine.

Memetik laporan media China, Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov berkata, AS dan NATO perlu berbuat demikian sekiranya mereka ‘benar-benar mahu menyelesaikan krisis Ukraine’.

Moscow kini meningkatkan operasi ketenteraan di timur Donbas selepas gagal merampas Kyiv sejak menceroboh Ukraine pada Februari lalu.

Namun, Lavrov memberitahu agensi berita Xinhua bahawa operasi ketenteraan khas itu berjalan mengikut perancangan Russia.

China mengelak untuk menyelar serangan Russia di Ukraine dan mempertahankan hubungan eratnya dengan Moscow, dengan media kerajaan negara itu kerap mengulangi penegasan Russia berhubung perang itu.

“Jika AS dan NATO benar-benar berhasrat menyelesaikan krisis Ukraine maka mereka perlu berhenti membekalkan senjata dan peluru kepada rejim Kyiv terlebih dahulu,” katanya.

Sebelum ini, Kremlin menyifatkan penghantaran senjata Barat ke Ukraine sebagai ancaman kepada keselamatan Eropah. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya