Putera William 'sakit kepala' jika bercakap soal adiknya

Putera William ‘sakit kepala’ jika bercakap soal adiknya

HUBUNGAN keruh antara William dan Harry bermula selepas adiknya berkahwin dengan Meghan Markle. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Putera William tidak suka berbual mengenai adiknya, Putera Harry kerana perkara itu akan membuat beliau ‘sakit kepala dan tiada mood’.

Perkara itu didedahkan oleh seorang daripada rakan William, seperti yang dilaporkan oleh Mirror.

Harry dan isterinya, Meghan Markle pulang ke United Kingdom (UK) pada minggu ini untuk bertemu dengan Ratu Elizabeth II buat pertama kali dalam tempoh dua tahun.

Pasangan itu juga dijangka tidak akan mengadakan pertemuan dengan William memandangkan beliau dan keluarganya sedang bercuti.

Hubungan keruh William dan Harry bermula sejak perkahwinan adiknya dengan Markle.

“William tidak suka berbual mengenai Harry kerana perkara itu hanya akan membuatnya sakit kepada dan tiada mood untuk membuat kerja lain,” menurut sumber tersebut.

Selain itu, William juga menyedari beliau perlu membaiki segera hubungannya dengan Harry, namun pada masa yang sama berasa bimbang jika bapa mereka, Putera Charles turut menjadi ‘mangsa adiknya’.

Kedatangan Harry dan isterinya ke UK tidak ditemani dua anak mereka dan pasangan itu dijangka mengadakan pertemuan dengan Charles dalam masa terdekat.

Charles dikatakan ‘bimbang’ dengan karya penulisan baharu Harry yang akan diterbitkan dalam tempoh terdekat pada tahun ini.

Pelbagai kontroversi melanda kerabat diraja Britain selepas wawancara antara Harry dan isterinya bersama pengacara terkenal, Oprah Winfrey.

Dalam wawancara tersebut, Harry dan Markle mendedahkan mereka dibuli oleh petugas istana, selain isterinya berdepan diskriminasi susulan warna kulitnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN