Petani China miliki wajah persis Putin

Petani China miliki wajah persis Putin

LUO YUANPIN (kiri) mempunyai raut wajah seperti Vladimir Putin.-MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Seorang petani dari kampung Feixi, wilayah Anhui, China memiliki rupa paras persis Presiden Rusia, Vladimir Putin

Luo Yuanpin, 54, mempunyai garis rambut yang tinggi, dahi lebar, hidung panjang, mulut lebar serta berbibir nipis, lapor Daily Star

Yuanpin juga memiliki mata biru pucat dan ketinggian 1.74 meter seperti Putin. 

Lelaki itu berubah menjadi seorang personaliti dalam sekelip mata dan kerap diundang ke televisyen, portal, majalah serta surat khabar. 

Dia malah pernah dibayar 569 pound (RM3,164) untuk muncul dalam siaran televisyen yang mendapat jolokan sebagai ‘Abang Putin’.

Popularitinya turut memuncak apabila Russia menyerang Ukraine sejak 24 Februari lalu.

Bagaimanapun, di sebalik kemasyhuran itu, Yuanpin bimbang dia tidak akan berkahwin dan kekal menjadi bujang. 

“Seperti orang lain, saya juga ingin berkahwin dan berkeluarga, namun saya bimbang jika tiada wanita mahukan saya kerana wajah saya seperti Putin.

“Nama Putin terkenal ketika ini kerana peperangan yang berlaku, namun saya tidak mahu dikaitkan dengan situasi itu,” katanya.

Walaupun menjadi tumpuan ramai, Yuanpin tetap menjalani kehidupan sederhana sebagai seorang petani bujang dan selebriti tempatan secara sambilan. 

Lelaki itu kekal merendah diri dan tidak pernah menggunakan kelebihan yang dimiliki untuk mencari kekayaan atau cinta. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya