Pesawat DHL terputus dua selepas tergelincir ketika pendaratan kecemasan - Utusan Malaysia

Pesawat DHL terputus dua selepas tergelincir ketika pendaratan kecemasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAN JOSE: Sebuah pesawat kargo Boeing 757-200 yang dikendalikan oleh DHL terputus dua selepas tergelincir dari landasan ketika mendarat kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Juan Santamaria di Costa Rica semalam.

Pengedali lapangan terbang tersebut, Aeris menyatakan insiden itu berlaku pukul 10 pagi waktu tempatan dan selepas kerja pembersihan dilakukan, lapangan terbang tersebut dibuka semula pukul 3.30 petang.

Jelasnya, kira-kira 8,500 penumpang dan 57 penerbangan kargo terjejas akibat penutupan sementara lapangan terbang terbabit.

Dalam pada itu, DHL memaklumkan semua kru pesawat selamat dengan hanya seorang menjalani pemeriksaan kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga.

Imej yang disiarkan akhbar Costa Rica, La Nacion menunjukkan pesawat berwarna kuning dengan logo DHL disembur dengan buih pencegah kebakaran selepas insiden tersebut.

Bahagian ekor pesawat juga dilihat terpisah daripada badan dengan satu sayap turut patah.

Menurut Timbalan Pengarah Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Costa Rica, Luis Miranda Munoz, pesawat itu dijadualkan terbang ke Guatemala apabila mengalami kegagalan sistem hidraulik.

Sehubungan itu, juruterbang meminta kebenaran untuk melakukan pendaratan kecemasan sejurus berlepas. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya