Penggodam Korea Utara rompak mata wang kripto AS$620 juta - Utusan Malaysia

Penggodam Korea Utara rompak mata wang kripto AS$620 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Kumpulan penggodam yang dikaitkan dengan Korea Utara didakwa bertanggungjawab ‘merompak’ mata wang kripto bernilai AS$620 juta (RM2.62 bilion) pada bulan lalu dengan menyasarkan permainan dalam talian, Axie Infinity.

Rompakan itu disifatkan terbesar dalam sejarah dunia kripto sehingga menimbulkan persoalan mengenai keselamatan industri tersebut.

Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menyatakan, rompakan terhadap Axie Infinity itu menyaksikan pemainnya boleh mendapatkan mata wang kripto menerusi bermain atau menjual avatar mereka.

“Siasatan kami mengesahkan Lazarus Group dan APT38, watak siber yang dikaitkan dengan Korea Utara bertanggungjawab dalam rompakan ini,” jelas biro tersebut.

Lazarus Group mula meraih perhatian pada 2014 apabila dituduh menggodam Sony Pictures Entertainment sebagai tindak balas terhadap filem satira yang didakwa mengejek pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un yang berjudul ‘The View’.

Menurut laporan tentera Amerika Syarikat pada 2020, program siber Korea Utara bermula sejak pertengahan 1990-an dan kini berkembang kepada 6,000 unit perang saraf siber yang dikenali sebagai Biro 121.

Biro itu didakwa beroperasi dari beberapa negara termasuk Belarus, China, India, Malaysia dan Rusia. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya