Parlimen Indonesia luluskan RUU keganasan seksual

Parlimen Indonesia luluskan RUU keganasan seksual

SEORANG wanita memegang poster 'hentikan kekerasan terhadap perempuan dan anak' semasa protes di Banda Aceh.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Parlimen Indonesia meluluskan rang undang-undang (RUU) membanteras keganasan seksual yang bertujuan menyediakan rangka kerja undang-undang bagi mangsa mendapatkan keadilan sewajarnya. 

Majoriti penggubal undang-undang menyokong rang undang-undang itu dan berjaya mengatasi tentangan daripada beberapa kumpulan konservatif di Parlimen selepas enam tahun perbincangan dilakukan. 

Draf akhir undang-undang itu termasuk hukuman penjara sehingga 12 tahun bagi jenayah penderaan seksual fizikal sama ada berlaku dalam atau di luar perkahwinan, 15 tahun penjara bagi eksploitasi seksual, sembilan tahun penjara bagi perkahwinan secara paksaan termasuk perkahwinan kanak-kanak serta empat tahun mengedarkan kandungan seksual tanpa persetujuan. 

Speaker Dewan, Maharani berharap pelaksanaan undang-undang itu dapat menyelesaikan kes penderaan seksual yang sering dianggap sebagai perkara peribadi. 

RUU itu disambut baik oleh kumpulan aktivis, walaupun ada yang membantah skop yang sangat terhad dengan hanya beberapa jenayah seks dimasukkan dan peninggalan klausa khusus mengenai rogol yang dimaklumkan kerajan akan dimasukkan dalam undang-undang lain. 

Pakar Undang-Undang di Sekolah Undang-Undang Jentera, Asfinawati berkata, ia merupakan satu langkah ke hadapan bagi membantu mangsa keganasan seksual. 

Bagaimanapun, katanya, takrifan rogol yang kini dilindungi di bawah kanun jenayah perlu dijelaskan dengan lebih lanjut. 

Di bawah cadangan terdahulu, undang-undang itu juga akan meliputi pengguguran kandungan dan memberikan definisi lebih jelas tentang rogol. 

Januari lalu, Presiden Indonesia, Joko Widodo memberitahu pihak kerajaan akan mempercepatkan proses penggubalan undang-undang baharu bagi memudahkan pendakwaan kes dan sabitan lebih selamat. 

Suruhanjaya Kebangsaan Keganasan Wanita dan kumpulan masyarakat sivil mencadangkan idea perundangan itu sedekad lalu dan RUU tersebut dikemukakan kepada Dewan Rakyat empat tahun kemudian. 

Sebelum ini, kes keganasan seksual semakin meningkat di Indonesia sehingga menyebabkan pendakwaan jenayah seks menjadi rumit disebabkan ketiadaan rangka kerja undang-undang khusus.

Dalam masa sama, mangsa juga bimbang dimalukan semasa disoal siasat yang menyebabkan ramai takut bersuara.-REUTERS   

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya