Mayat bergelimpangan di Bucha didakwa perang proganda Ukraine

Mayat bergelimpangan di Bucha didakwa perang proganda Ukraine

ANGGOTA polis memasukkan mayat dengan kesan terbakar ke dalam beg mayat sambil disaksikan petugas media di bandar Bucha. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Penemuan mayat bergelimpangan di bandar Bucha, Ukraine dilihat sebagai provokasi yang bertujuan menggagalkan rundingan antara Moscow dan Kyiv yang diwakili oleh diplomat tertinggi kedua-dua negara di Turki, bulan lalu. 

Timbul kemusykilan dalam isu pembunuhan orang awam di bandar itu yang didakwa didalangi oleh tentera Rusia, sedangkan Ukraine sendiri berjaya menawan semula Bucha akhir Mac lalu, selepas pengunduran tentera Rusia.   

Insiden terkini itu menimbulkan persoalan siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab membunuh orang awam demi meraih sokongan dunia? 

Adakah insiden yang terjadi ini merupakan sebahagian daripada perang propaganda yang dilakukan oleh Ukraine? 

Bekas Pegawai Perisikan Amerika Syarikat, Scott Ritter membuat pendedahan yang disiarkan dalam RT.COM bertajuk ‘Kebenaran Sebenar di Bucha’.

Ritter mendedahkan video mayat terbaring di atas jalan, sebenarnya dirakam sendiri oleh Polis Kebangsaan Ukraine dari salah satu konvoi yang melalui jalan di bandar itu. 

“Video ini menjadi tular sehingga mencetuskan kemarahan terhadap Presiden Rusia, Vladimir Putin.

“Sebab dan akibat video ini menimbulkan reaksi global yang sangat jelas. Antara tujuannya adalah melambatkan segala perkara demi memastikan fakta  dikaburi oleh emosi,” jelasnya. 

Menurut Ritter, rakaman video Bucha adalah satu bentuk gangguan yang jelas untuk menghasilkan suasana ‘kejutan’ mendalam. 

Katanya, video itu sengaja mengaitkan mangsa dengan tentera Rusia tanpa sebarang fakta berasas.

“Kemudian menjadi gempar dalam semua bentuk media arus perdana dan media sosial. 

“Barang siapa yang mempersoalkan kebenaran mengenai tentera Rusia melakukannya akan dicap sebagai ‘Penjilat Rusia’ atau lebih buruk lagi,” katanya.  

Rusia dengan tegas membantah tuduhan tersebut dan menyifatkan imej mayat bergelimpangan sebagai lakonan semata-mata. 

Kyiv dan negara Barat pula mendakwa mempunyai bukti termasuk imej dan saksi kejadian yang dikumpulkan oleh agensi berita Reuters serta organisasi media lain yang bertujuan mengeheret Rusia dengan jenayah perang di Bucha. 

Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov percaya insiden itu bertujuan menggagalkan rundingan yang sedang berjalan. 

Oleh itu, beliau meminta pertemuan darurat Dewan Keamanan PBB diadakan segera bagi membahaskan ‘provokasi jenayah oleh tentera Ukraine’ di Bucha.  

“Situasi di Bucha bertujuan mengalihkan perhatian daripada proses rundingan, fakta mengenai tentera Ukraine dengan mengemukakan syarat baharu,” katanya. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya