Masjid Agung Natuna lambang Taj Mahal versi Indonesia

Masjid Agung Natuna lambang Taj Mahal versi Indonesia

MASJID Agung Natuna mendapat julukan sebagai Taj Mahal Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NATUNA: Sebuah masjid di daerah Natuna di Kepulauan Riau mendapat julukan Taj Mahal Indonesia kerana mempunyai landskap dan reka bentuk seakan-akan mercu tanda ikonik dunia itu.

Lapor CNN Indonesia, Masjid Agung Natuna dibina atas kawasan berkeluasan 15,500 meter persegi turut menjadi mercu tanda kebanggaan penduduk Natuna.

Berdasarkan penulisan karya Julie Kendall dan Edi Sutrisno dalam buku berjudul ’11 Fakta Masjid Agung Natuna’, masjid itu menjadi satu daripada mercu tanda paling penting di Indonesia.

Arkitek masjid tersebut, Both Sudargo memaklumkan, reka bentuk masjid berkenaan diinspirasikan daripada struktur Taj Mahal berserta landskap sungai dan empat tiang di sekelilingnya.

Selain itu, masjid itu juga mempunyai ciri-ciri struktur Masjid Nabawi di Madinah dan masjid Cordoba di Sepanyol.

Masjid Agung Natuna dilengkapi dengan 20 pintu yang diletakkan di pelbagai arah untuk kemudahan pengunjung keluar dan masuk.

Selain itu, masjid tersebut mempunyai beduk yang disifatkan terpanjang di Indonesia dan pembuatnya mengambil masa sehingga lapan bulan untuk menyiapkannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya