Mahu uji jaket kalis peluru, remaja maut ditembak rakan

Mahu uji jaket kalis peluru, remaja maut ditembak rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TALLAHASSEE: Seorang remaja berusia 16 tahun maut ditembak oleh rakan sendiri selepas mangsa dan dua rakannya didakwa bergilir-gilir main menembak antara sesama sambil memakai jaket kalis peluru.

Lapor Daily Mail, Colton Whitler dan Joshua Vining ditahan pada Khamis lalu berkaitan kes kematian rakan mereka, Christopher Leroy Broad Jr.

Menurut Jabatan Polis Belleview, kedua-dua remaja berusia 17 tahun itu akan didakwa seperti suspek dewasa.

“Saya nampak seorang remaja lelaki keluar sambil menjerit dengan kuat.

“Amat menyedihkan remaja berkenaan tidak menyedari kemungkinan implikasi tindakan mereka,” kata seorang jiran, Joe Vanhouten yang menyaksikan kejadian tembakan itu.

Kejadian itu berlaku di Belleview, kira-kira 112.6 kilometer (km) barat laut Orlando selepas polis menerima panggilan kecemasan pada Ahad lalu.

Menurut polis, mangsa ditemukan dalam keadaan cedera parah dengan kesan tembakan di rumah.

Mangsa dikejarkan ke hospital berdekatan sebelum disahkan meninggal dunia.

Berdasarkan laporan Click Orlando, seorang lagi rakan, Evan Vowell yang turut berada bersama ketika kejadian dilaporkan merakam video insiden itu dan menyerahkannya kepada polis.

Vowell memberitahu pihak berkuasa bahawa Vining yang memulakan permainan itu dengan membawa jaket kalis peluru dan pistol.

Bagaimanapun, polis memaklumkan rakaman video dan keterangan Vowell bercangah dengan keterangan Whitler selepas dia memberitahu rakannya ditembak di bahagian dada.

Whitler yang dilaporkan sebagai saksi kejadian tembakan itu turut mendakwa Vowell menembak mangsa namun polis menegaskan bukti menunjukkan sebaliknya.

Vining didakwa atas kesalahan membunuh kanak-kanak  bawah umur menggunakan senjata api manakala Whitler pula didakwa atas kesalahan memberi maklumat palsu kepada penguatkuasa undang-undang. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya