TORONTO: Sekurang-kurangnya lima orang cedera dalam insiden temnakan di sebuah masjid di sini.
Lapor agensi berita Anadolu yang memetik kenyataan polis, kejadian itu berlaku di daerah Scarborough.
Jurucakap Jabatan Polis Toronto, david Rydzik, berkata, sekumpulan lelaki diserangan secara rawak dan ditembak dari sebuah kenderaan di daerah berkenaan.
Katanya, ketika kejadian, mangsa baru sahaja selesai menunaikan solat tarawih di masjid tersebut.
“Sebanyak enam das tembakan dilepaskan, namun polis belum mengenal pasti berapa ramai jumlah suspek terlibat dalam kejadian itu.
“Setakat ini, polis juga tidak dapat menyatakan sama ada insiden itu berkait dengan pegangan agama atau sebaliknya,” katanya.
Sementara itu, ahli lembaga Persatuan Muslim Scarborugh, Nadeem Sheikh menegaskan beliau mengambil serius berhubung insiden yang berlaku.
Sehubungan itu, beliau menggesa pihak berkuasa melakukan siasatan terperinci bagi membendung jenayah senjata api.