Lelaki Palestin dilarang solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa

Lelaki Palestin dilarang solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa

TENTERA Israel menahan pemuda Palestin di hadapan Kubah Al-Sakhrah, Baitulmuqaddis. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Tentera Israel melarang lelaki Palestin berusia antara 12 hingga 40 tahun memasuki Masjid Al-Aqsa untuk menunaikan solat Jumaat ketika Ramadan. 

Sebaliknya, hanya wanita Palestin, kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah serta lelaki berumur lebih 50 tahun dibenarkan memasuki Masjidil Aqsa sekiranya ingin menunaikan solat. 

Bagi golongan lelaki berumur antara 40 hingga 50 tahun, mereka perlu mendapatkan kebenaran khas terlebih dahulu. 

Rakyat Palestin yang mempunyai saudara-mara di Israel akan diberi permit untuk mengadakan lawatan pada setiap hari Ahad dan Khamis. 

Dalam perkembangan sama, pihak berkuasa Israel menyerang dan menahan penduduk Palestin yang berkumpul di Bab al-Amoud atau Pintu Damsyik sebagai persediaan untuk berbuka puasa, selama tiga malam berturut-turut. 

Pintu Damsyik adalah antara pintu masuk utama ke Kota Lama Baitulmuqaddis yang digunakan umat Islam untuk menyambut Ramadan. 

Agensi berita Palestin, Maan melaporkan tentera Zionis menggunakan gas pemedih mata dan bom tangan bagi menyuraikan penduduk Palestin. 

Seramai enam pemuda Palestin ditangkap dan tiga lagi ditahan pasukan khas Israel. 

Zionis Israel merampas Bab al-Amoud sejak awal Ramadan dan menjadikan kawasan itu sebagai berek tentera dengan menempatkan sejumlah besar pasukannya di sana.

Keganasan terbaharu itu tercetus selepas polis Israel menahan 10 penduduk Palestin serta mencederakan 20 yang lain di kawasan sama, baru-baru ini.-AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya