Lebih separuh rakyat AS sudah dijangkiti Covid-19 - Utusan Malaysia

Lebih separuh rakyat AS sudah dijangkiti Covid-19

PRESIDEN Amerika Syarikat, Joe Biden menerima dos keempat vaksin Covid-19 keluaran Pfizer di Washington, baru-baru ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Kira-kira 58 peratus daripada keseluruhan populasi Amerika Syarikat (AS) dan lebih 72 peratus kanak-kanak sudah dijangkiti Covid-19 sejak pandemik bermula.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Pusat Kawalan Penyakit AS (CDC) dan Pencegahan, lebih separuh daripada penduduk di negara ini dijangkiti Covid-19 sekurang-kurangnya sekali.

Jumlah peratusan itu juga disumbangkan oleh penularan varian Omicron.

Sebelum Omicron muncul pada Disember 2021, satu per tiga populasi AS sudah dijangkiti Covid-19.

Menurut data yang diperoleh, varian Omicron dijangkiti ‘hampir semua lapisan masyarakat’ di negara ini, melibatkan kanak-kanak dan dewasa yang tidak mengambil vaksinasi Covid-19.

Sepanjang Disember hingga Februari lalu, ketika Omicron memuncak, sebanyak 75.2 peratus kanak-kanak berusia 11 tahun dan lebih muda dijangkiti Covid-19.

Dalam pada itu, kes jangkitan Covid-19 di AS dilaporkan dalam trend meningkat, menyaksikan 22.7 peratus kenaikan pada minggu lepas iaitu 44,000 kes sehari.

Kadar kemasukan ke hospital juga meningkat dua minggu berturut-turut, iaitu 6.6 peratus. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya