Lebih 800,000 tiket kereta api terjual sempena Aidilfitri

Lebih 800,000 tiket kereta api terjual sempena Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Sebanyak 839, 683 tiket kereta api sudah terjual sempena cuti perayaan Aidilfitri bulan depan.

Lapor Liputan6.com, PT Kereta Api Indonesia memaklumkan sehingga kini sebanyak 34 peratus tiket sudah terjual bagi perjalanan bermula 22 April hingga 13 Mei depan.

Naib Presiden Komunikasi Korporat syarikat itu, Joni Martinus berkata, tiket yang sudah terjual adalah termasuk tiket bagi perjalanan tambahan yang disediakan pihaknya. .

Katanya, destinasi yang paling banyak terjual adalah di wilayah Jawa Timur dan Jawa Tengah seperti Surabaya, Yogyakarta dan Malang.

“Tarikh pilihan orang ramai pulang ke kampung adalah pada 29 dan 30 April, serta 7 dan 8 Mei,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Menteri Kerja Raya dan Perumahan, Basuki Hadimuljono memaklumkan kerja-kerja melebarkan Jalan Tol Jakarta-Cikampek jalur B akan siap dalam tempoh 12 hari lagi.

Jelasnya, kerja tersebut perlu disiapkan dalam tempoh masa ditetapkan bagi memudahkan urusan orang ramai pulang ke kampung semasa Hari Raya Aidilfitri nanti.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya