Kos membesarkan anak di Korea Selatan termahal di dunia

Kos membesarkan anak di Korea Selatan termahal di dunia

KANAK-KANAK bermain di pusat jagaan di Beijing, China.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Korea Selatan merupakan negara termahal di dunia untuk membesarkan anak yang baru lahir hingga berusia 18 tahun. 

Lapor CNN, dapatan itu diperoleh menerusi kajian purata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) oleh Jefferies yang menggunakan data dari Kajian Populasi Yuwa. 

Kajian itu mendapati China berada di tangga kedua dan diikuti Itali. 

Amerika Syarikat (AS) pula menjadi negara ke-14 paling mahal di dunia untuk membesarkan anak di kedudukan antara Jerman dan Jepun. 

Antara faktor yang menyumbang kepada masalah itu adalah kos pendidikan dan kos kesediaan di pusat jagaan ketika anak baru dilahirkan. 

Kebanyakan perkhidmatan prasekolah di China adalah berbayar dan disediakan oleh sektor swasta. 

Di China, sebanyak AS$75,000 (RM316,491) kos diperlukan untuk membesarkan anak sehingga berusia 18 tahun. 

Manakala, AS$22,000 (RM92,837) lagi diperlukan ketika mereka memasuki universiti. 

Situasi itu berbeza di kebanyakan negara Barat apabila pinjaman pelajaran diberikan oleh pihak kerajaan negeri sekali gus menghilangkan beban ibu bapa dan anak-anak. 

Sebagai contoh, data dari College Board mendapati sebanyak 55 peratus pelajar lepasan universiti di AS pada 2019-2020 mempunyai hutang pengajian. 

Kerajaan pelbagai negara juga menyediakan banyak pilihan bagi mengurangkan kos memiliki anak termasuk subsidi penjagaan anak bagi mengurangkan jurang antara rakyat berbeza kelas pendapatan. 

Contohnya, Beijing mengumumkan pelan lima tahun untuk menambah bilangan taman asuhan kanak-kanak yang berusia tiga tahun ke bawah dengan 4.5 premis bagi 1,000 penduduk, 2025. 

Sehingga kini, terdapat 42 juta kanak-kanak berusia tiga tahun ke bawah di China. 

Kajian turut mendapati kadar kelahiran di negara maju lebih rendah berbanding negara membangun serta bilangan perkahwinan yang semakin sedikit.  

Bagaimanapun, China adalah satu daripada negara paling murah untuk mempunyai anak daripada segi jumlah wang dibelanjakan. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya