Kilang penapis minyak haram meletup, 80 maut - Utusan Malaysia

Kilang penapis minyak haram meletup, 80 maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAGOS: Satu letupan yang berlaku di kilang penapisan minyak haram di selatan Nigeria menyebabkan sekurang-kurangnya 80 orang terbunuh.

Menurut pihak berkuasa, letupan itu berlaku pada JUmaat lalu di sebuah kilang yang terletak antara negeri Rivers dan Imo.

“Kami menemukan sekurang-kurangnya 80 mayat rentung di lokasi kejadian.

“Angka korban mungkin meningkat dari semasa ke semasa kerana kami percaya masih ada mangsa yang belum ditemukan,” kata jurucakap Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan (NEMA), Ifeanyi Nnaji.

Media tempatan pula melaporkan, lebih 100 orang terbunuh dalam insiden tersebut.

Pengusaha kilang minyak haram merupakan isu ‘biasa’ di selatan Nigeria, menyaksikan pihak tidak bertanggungjawab menapis minyak di kilang tidak berdaftar sebelum menjualnya dalam pasaran gelap. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya