Kilang kimia di India terbakar ragut enam nyawa

Kilang kimia di India terbakar ragut enam nyawa

GAMBAR HIASAN-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AHMEDABAD: Sekurang-kurangnya enam orang ditemukan rentung selepas sebuah loji bahan kimia di Gujarat, India terbakar dan meletup hari ini.

Kebakaran bermula di hab unit pengilangan bahan kimia dan petrokimia di kawasan perindustrian Dahej milik kerajaan.

Pegawai Polis di Dahej, Rajendrasinh Gohil berkata, kebakaran itu menyebabkan kilang bahan kimia mengalami kerosakan yang amat teruk.

Katanya, punca kejadian belum dikenal pasti.

Pihak bomba memaklumkan sudah berjaya mengawal kebakaran di loji pengilangan Om Organic yang terletak kira-kira 230 kilometer di selatan bandar komersial Ahmedabad.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya