Insiden tembakan di Brooklyn: Suspek ditahan

Insiden tembakan di Brooklyn: Suspek ditahan

FRANK James ditahan oleh polis selepas disyaki terlibat dalam insiden tembakan di stesen kereta api bawah tanah di New York. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Seorang lelaki berusia 62 tahun yang disyaki menembak 10 orang di stesen kereta api bawah tanah di New York, dilaporkan sudah ditahan.

Frank James kini berdepan tuduhan keganasan susulan penahanan itu selepas diburu hampir sehari di bandar ini.

Pesuruhjaya Jabatan Polis New York, Keechant Sewell berkata, suspek ditahan di Manhattan selepas polis menerima maklumat.  

“Dia tidak boleh melarikan diri lagi,” katanya dalam sidang akhbar. 

James disyaki meletupkan dua tong asap ketika kereta api memasuki stesen Brooklyn sebelum melepaskan tembakan ke arah orang ramai. 

Tiada individu dilaporkan maut dalam serangan itu.

Dalam kejadian itu, sekurang-kurangnya 29 orang mengalami kecederaan termasuk 10 individu yang ditembak James.

Peguam Daerah AS, Breon Peace berkata, James boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup sekiranya disabitkan kesalahan.

“Hukuman itu sejajar dengan kesalahan melanggar larangan Persekutuan berhubung serangan pengganas dan keganasan lain terhadap sistem pengangkutan massa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Detektif NYPD James Essig menyatakan, James pernah ditahan sebanyak sembilan kali di New York dari tahun 1992 hingga 1998.

Lelaki itu ditahan atas pelbagai perbuatan jenayah termasuk memiliki alat pecah rumah dan gangguan seksual.

“Dia juga pernah ditahan tiga kali berhampiran New Jersey kerana menceroboh, mencuri dan berkelakuan tidak senonoh,” ujarnya. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya