Hukuman suntikan maut ditangguhkan saat akhir - Utusan Malaysia

Hukuman suntikan maut ditangguhkan saat akhir

OSCAR Smith sepatutnya diberi suntikan maut pada Khamis lalu. - 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HOUSTON: Hukuman mati membabitkan seorang banduan akhir tertua terpaksa dihentikan pada saat-saat akhir selepas dilaporkan berlaku kesilapan dalam penyediaan suntikan maut.

Lapor Daily Mail, banduan dikenali sebagai Oscar Smith, 72, diperintah hukuman mati kerana membunuh bekas isteri dan dua anak lelakinya pada tahun 1989. 

Smith sepatutnya diberi suntikan maut pada Khamis lalu dalam hukuman mati pertama di Tennessee sejak pandemik Covid-19 bermula.

Namun, Gabenor Bill Lee membenarkan hukuman mati Smith ditangguhkan sementara selepas dikatakan berlaku `kelalaian’ dalam persediaan suntikan maut.

“Disebabkan wujudnya kesilapan dalam proses penyediaan suntikan maut, hukuman mati Smith tidak akan diteruskan.

“Saya meluluskan penangguhan ini sementara menangani protokol Jabatan Pemulihan Tennessee,” katanya. 

Gabenor dari parti Republikan itu bagaimana tidak menjelaskan secara terperinci tindakan penangguhan hukuman mati berkenaan.

Smith dijadualkan menerima suntikan maut itu di penjara di Nashville.

Sementara itu, seorang peguam di pejabat pembela awam Persekutuan yang mewakili Smith, Amy Harwell berkata, penangguhan hukuman itu disebabkan `salah pengendalian’  dalam suntikan maut berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya