Hukuman penjara guru rogol 13 pelajar ditukar hukuman mati

Hukuman penjara guru rogol 13 pelajar ditukar hukuman mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDUNG: Hakim Mahkamah Tingi Bandung menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang guru, Herry Wirawan yang sebelum ini disabit kesalahan kerana merogol 13 pelajarnya sehingga hamil dan melahirkan anak.

Keputusan itu dibuat selepas hakim membenarkan rayuan yang dibuat oleh pendakwa raya.

HERRY WIRAWAN

“Selepas menerima rayuan yang dikemukakan pendakwa raya, maka Mahkamah Tinggi Bandung menjatuhkan hukuman mati terhadap Herry Wirawan,” kata Ketua Hakim, Herri Swantoro seperti yang dilapor Detik News.

Hakim dalam keputusannya turut mengubah keputusan Mahkamah Daerah Bandung yang sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap Herry.

Selain itu, hakim juga memutuskan Herry tetap akan menjalani hukuman penjara sebelum hukuman mati dilaksanakan.

Terdahulu, pandakwa raya menuntut Herry dihukum mati, namun ditolak Mahkamah Daerah Bandung dan dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

Kemudian, pendakwa raya mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi Bandung sehingga keputusan dibuat.

Kes Herry mendapat liputan meluas di seluruh Indonesia selepas perbuatan terkutuknya yang dilakukan sejak 2016 terbongkar.

Perbuatan terkutuk Herry hanya terbongkar pada Mei tahun lalu apabila ibu bapa seorang daripada mangsanya menyedari anak mereka mengandung.

Lelaki itu yang juga merupakan guru agama merogol mangsa dengan menggunakan kekerasan dengan lapan daripada mereka mengandung dan seorang daripadanya pernah melahirkan anak dua kali.

Media tempatan melaporkan, Herry cuba menarik perhatian pelajar setempat yang kebanyakannya daripada golongan miskin untuk belajar di sekolahnya dengan menawarkan biasiswa dan pelbagai insentif.

Mahkamah juga dimaklumkan kesemua pelajar Herry tidak dibenarkan menghubungi keluarga mereka apabila telefon bimbit dirampas, selain hanya dibenarkan pulang ke rumah sekali setahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya