Hampir 99 peratus penduduk dunia hirup udara tercemar - Utusan Malaysia

Hampir 99 peratus penduduk dunia hirup udara tercemar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Kira-kira 99 peratus penduduk dunia menghirup udara yang mengandungi terlalu banyak bahan tercemar, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Keadaan udara yang tercemar teruk juga menjadi antara penyebab kepada berjuta-juta kematian setiap tahun.

Berdasarkan data baharu WHO, setiap sudut dunia berdepan dengann pencemaran udara dengan masalah itu lebih kritikal di negara miskin.

“Hampir keseluruhan penduduk global atau 99 peratus menghirup udara kotor yang melebihi had kualiti udara ditetapkan WHO.

“Keadaan sudah tentu mengancam kesihatan penghuni dunia,” jelas agensi itu dalam satu kenyataan.

Menerusi laporan empat tahun lalu, WHO mendapati lebih 90 peratus populasi global terjejas akibat pencemaran udara dan memaklumkan pihaknya sudah mengetatkan had kualiti udara.

Pada tahun lalu, data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan perintah berkurung dan sekatan perjalanan disebabkan oleh pandemik Covid-19 menjadikan ‘udara lebih bagus’ dalam jangka pendek.

Namun, WHO menegaskan bahawa pencemaran udara tetap kekal sebagai masalah yang terus meruncing.

Kajian WHO menyediakan data kualiti udara daripada lebih 6,000 bandar dan pekan di 117 negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya