Gagal hentikan Rusia, AS ugut China boleh dikenakan sekatan - Utusan Malaysia

Gagal hentikan Rusia, AS ugut China boleh dikenakan sekatan

VLADIMIR PUTIN (kiri) dan Xi Jinping semasa mengadakan pertemuan rasmi di Beijing, 4 Februari lalu.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: China bakal berdepan sekatan sama seperti yang dikenakan terhadap Rusia jika negara itu terus memberikan sokongan kepada Moscow.

Timbalan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Wendy Sherman memberi amaran bahawa Beijing boleh dikenakan tindakan sama sekiranya membantu Rusia yang menyerang Ukraine sejak 24 Februari lalu.

“Pelbagai sekatan dan kawalan eksport yang disusun antara sekutu dan rakan kongsi AS terhadap Presiden Vladimir Putin sepatutnya ‘mengajar’ China mengenai situasi sebenar.

“Kesemua tindakan itu sepatutnya memberi Presiden China, Xi Jinping pemahaman yang jelas mengenai apa yang bakal berlaku jika beliau menyokong Putin dalam sebarang cara,” katanya.

Jela Sherman, Beijing seharusnya mengambil pengajaran yang betul daripada tindak balas yang dikoordinasikan oleh Barat.

“Kami harap China faham bahawa tindakannya yang menyokong Rusia mendapat maklum balas daripada komuniti antarabangsa, bukan sahaja A,” katanya.

Sehingga kini, China enggan menyelar serangan Rusia di Ukraine, malah mengkritik sekatan Barat terhadap Moscow.

Dalam pada itu, Sherman menyatakan, Beijing menunjukkan tanda-tanda ‘konflik’ dengan negara lain mengenai hubungan rapatnya dengan Rusia. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya