Elon Musk tolak sertai lembaga pengarah Twitter - Utusan Malaysia

Elon Musk tolak sertai lembaga pengarah Twitter

ELON MUSK bukan lagi individu terkaya di dunia, menurut majalah Forbes. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAN FRANCISCO: Ketua Pegawai Eksekutif Twitter mengesahkan Elon Musk menolak tawaran untuk menyertai barisan lembaga pengarah syarikat media sosial itu.

Sebelum ini, syarikat media sosial itu mengumumkan Musk akan dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Twitter.

Pengasas SpaceX itu dinamakan untuk menyertai barisan lembaga pengarah Twitter selepas beliau membeli saham utama di firma itu sekali gus menjadi pemegang saham terbesar.

“Musk memutuskan untuk tidak menyertai lembaga pengarah kami.

“Pelantikan Musk sebagai ahli lembaga pengarah berkuat kuasa secara rasmi pada 9 April lalu namun beliau menolak tawaran itu pada hari yang sama.

“Saya percaya keputusan itu adalah terbaik untuk semua,” kata Parag Agrawal menerusi satu ciapan di Twitter.

Minggu lalu, hartawan terkemuka itu mendedahkan pembelian 73.5 juta saham atau 9.2 peratus pegangan daripada saham biasa Twitter.

Selasa lalu, Agarwal mengumumkan Musk akan menyertai barisan lembaga pengarah Twitter. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya